Penolong pegawai tadbir direman disyaki terima rasuah RM5,000

Suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 5.20 petang pada Ahad semasa hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kedah. Foto SPRM
Suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 5.20 petang pada Ahad semasa hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kedah. Foto SPRM
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang penolong pegawai tadbir direman selama enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di Kedah, dua tahun lalu.

Majistret Mahkamah Alor Setar, Muhammad Zul Hilmi Latif membenarkan permohonan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bermula Isnin sehingga 13 Januari depan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 5.20 petang, Ahad semasa hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

"Berdasarkan siasatan dijalankan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada tahun 2022.

"Wang itu sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguat kuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem semasa dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: