Bekas pengurus bank didakwa pecah amanah RM150,000

Abdul Rahim yang juga bekas Pengurus Bank Muamalat Seri Manjung didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana pecah amanah wang berjumlah RM150,000.
Abdul Rahim yang juga bekas Pengurus Bank Muamalat Seri Manjung didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana pecah amanah wang berjumlah RM150,000.
A
A
A

IPOH - Seorang bekas pengurus bank didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai RM150,000, September tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Rahim Sharif, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahim sebagai Pengurus Bank Muamalat cawangan Seri Manjung didakwa melakukan pecah amanah terhadap penguasaan ke atas wang tunai sebanyak RM150,000 di dalam bilik kebal bank berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 malam hingga 10 malam di Bank Muamalat Cawangan Seri Manjung pada 13 September tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fadhli memohon tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: