Pro Palestin sekat jalan raya seluruh AS

Penunjuk perasaan menutup laluan ke Jambatan Golden Gate sehingga mencetuskan kesesakan teruk San Francisco. Foto AFP
Penunjuk perasaan menutup laluan ke Jambatan Golden Gate sehingga mencetuskan kesesakan teruk San Francisco. Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Penunjuk perasaan pro-Palestin menyekat Jambatan Golden Gate di San Francisco sehingga menghentikan lalu lintas beberapa jam sebagai tindakan yang diselaraskan menentang perang Israel di Gaza.

Rakaman melalui ruang udara pada pagi Isnin menunjukkan lalu lintas tidak bergerak dalam satu arah menghala ke jambatan ikonik itu manakala lorong dari arah lain didapati tiada kenderaan.

Protes sama diadakan di seluruh Amerika Syarikat dan dunia selepas kumpulan A15 Action menyeru untuk menyelaraskan sekatan di bandar-bandar sebagai solidariti terhadap Palestin.

"Di setiap bandar, kami akan mengenal pasti dan menyekat titik penting dalam ekonomi serta menumpukan pada titik pengeluaran dan pengedaran dengan tujuan menyebabkan kesan ekonomi," kata kumpulan itu dalam laman web mereka.

Penunjuk perasaan pro-Palestin membawa bendera Isreal berlubang dan tompok darah bagi membantah tindakan rejim membunuh penduduka Gaza. Foto AFP
Penunjuk perasaan pro-Palestin membawa bendera Isreal berlubang dan tompok darah bagi membantah tindakan rejim membunuh penduduka Gaza. Foto AFP

Pada hari sama, penunjuk perasaan menyekat jalan raya di Philadelphia dan menutup lebih raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa O'hare Chicago sehingga memaksa penumpang berjalan kaki untuk mengejar jadual penerbangan mereka.

Protes juga dirancang diadakan Kanada, Itali, Korea Selatan, Colombia dan Belgium manakala akaun X milik A15 menyiarkan gambar demonstrasi di Greece, Sepanyol dan Australia.

Penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas di Golden Gate memegang sepanduk bertulis 'Hentikan perang di Gaza'.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Peronda Lebuhraya California berkata menerusi ciapan di X bahawa pegawainya sedang melakukan tangkapan sebelum mengumumkan trafik dibuka dari kedua-dua arah di jambatan tersebut pada waktu tengah hari.

Biden berdepan tekanan

Bantahan tersebut berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendapat kritikan berterusan dalam partinya mengenai sokongan berterusan Washington kepada Israel.

Israel melancarkan serangan balas pada 7 Oktober lalu telah mengorbankan 33,797 penduduk awam Gaza yang kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Penunjuk perasaan berarak di jalan raya sekitar Los Angeles menggesa gencatan senjata kekal di Gaza. Foto AFP
Penunjuk perasaan berarak di jalan raya sekitar Los Angeles menggesa gencatan senjata kekal di Gaza. Foto AFP

Jumlah kematian yang semakin meningkat setiap hari telah mengejutkan kedua-dua pengundi dan beberapa pegawai yang dipilih, termasuk sekutu Biden, Senator Chris Coons, yang menggesa bantuan AS kepada Israel dihentikan selepas serangan udara rejim itu sehingga mengorbankan tujuh pekerja bantuan dari sebuah badan amal AS yang beroperasi di Gaza.

Dalam protes lain, di Los Angeles, beberapa ratus orang berarak di pusat bandar dengan membawa sepanduk bertulis 'Tamatkan kepungan di Gaza sekarang, tamatkan pembiayaan AS kepada Israel.'

Di Connecticut, penunjuk perasaan didapati menyekat akses kepada pengeluar aeroangkasa, dan di Oregon, di mana sebuah lebuh raya ditutup.

Di New York, penunjuk perasaan menuju ke Jambatan Brooklyn dan menghentikan sementara lalu lintas sebelum polis bertindak untuk membuat tangkapan dan membuka laluan semula. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28