MKJR Petaling laksana kempen keselamatan jalan raya

Rahilah (dua dari kanan) bersama Hashim (kanan) menukar topi keledar baharuseorang penunggang motosikal yang mengisi minyak di Petron.
Rahilah (dua dari kanan) bersama Hashim (kanan) menukar topi keledar baharuseorang penunggang motosikal yang mengisi minyak di Petron.
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) daerah Petaling mengambil inisiatif bersama-sama meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya.

Pada Sabtu, telah berlangsung Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bertempat di Stesen Minyak Petron Bukit Lanjan (Arah Utara), Hentian Jejantas Sungai Buloh.

MKJR Petaling dalam satu kenyataan berkata, program tersebut diketuai Pegawai Daerah Petaling, Rahilah Rahmat merangkap Pengerusi MKJR Petaling dan turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor serta pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, seramai 500 pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menerima risalah mesej keselamatan jalan raya dan agihan cenderahati Aidilfitri.

"Program tersebut bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

"Program ini turut mendapat sokongan daripada MKJR Selangor serta Petron Malaysia Berhad," katanya.

MKJR Petaling anjur Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengamalkan pemanduan berhemah khususnya pada musim perayaan.
MKJR Petaling anjur Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengamalkan pemanduan berhemah khususnya pada musim perayaan.

Pada program tersebut turut diedarkan topi keledar baharu kepada penunggang motosikal yang mengisi minyak.

Artikel Berkaitan:

Sempena musim perayaan Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat bermula 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.

Susulan itu, Polis Selangor akan melaksanakan Op Selamat di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya di negeri ini.

Antaranya di jalan Ijok - Kuala Selangor, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kilometer (KM) 407 - KM410 Plus, Jalan Pelabuhan Barat, Jalan Meru, Jalan Salak - Sepang dan Jalan Serdang Jaya.

Sementara itu Ahli Tetap MKJR Selangor, Hashim Anang yang turut serta dalam program tersebut berkata, beliau terkilan dengan sikap pengguna jalan raya yang seolah mendedahkan bahaya kepada keselamatan anak-anak.

"Semasa kempen ini, ramai yang tidak meletakkan bayi atau anak kecil di kerusi keselamatan kanak-kanak sebaliknya mereka lebih selesa memangku anak dan duduk di kerusi penumpang hadapan.

"Ini sudah pasti menggundang risiko tinggi jika berlaku kemalangan. Mungkin lebih selamat jika duduk di bahagian belakang," katanya.

Beliau yang juga Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf berkata, pemerhatian turut mendapati kesedaran memakai tali pinggang keledar khususnya di tempat duduk belakang sangat rendah dan kesedaran mengenainya perlu ditingkatkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!