Ikan mati, JAS ambil sampel air berhampiran Kualiti Alam

Veerapan (depan, kanan) melawat anak sungai berhampiran Kualiti Alam bersama JAS.
Veerapan (depan, kanan) melawat anak sungai berhampiran Kualiti Alam bersama JAS.
A
A
A

SEREMBAN - Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sampel air tersebut telah pun diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.

"Semalam (Isnin) saya telah melawat lokasi yang diadukan bersama JAS dan turut hadir ketika lawatan adalah pengurusan tertinggi Kualiti Alam.

"Ketika siasatan dilakukan tiada isu berkaitan dengan kualiti air dan udara terjejas ditemui. Mungkin ikan itu mati disebabkan faktor lain dan saya difahamkan ikan ditemui mati hanya seekor saja. Tapi apa-apa pun, kita menunggu keputusan sampel air nanti," katanya dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Veerapan (depan, kanan) melawat anak sungai berhampiran Kualiti Alam bersama JAS.
Veerapan (depan, kanan) melawat anak sungai berhampiran Kualiti Alam bersama JAS.

Menurutnya, tindakan pemantauan berkaitan kualiti air dan udara di sekitar tapak kebakaran masih dilakukan oleh pihak berkaitan.

Ujarnya, setakat ini tiada bacaan tidak normal direkodkan berkenaan kualiti air dan udara di kawasan sekitar.

"Dengan langkah ini, diharapkan kita dapat menjamin kelestarian alam sekitar,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini media melaporkan, tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual berkeluasan 100x100 kaki persegi di Kualiti Alam itu terbakar 100 peratus dalam kejadian pada petang Jumaat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28