Pusat Kualiti Alam perlu teliti SOP syarikat - Tok Mat

Hantaran Mohamad berhubung kebakaran yang berlaku di Pusat Kualiti Alam.
Hantaran Mohamad berhubung kebakaran yang berlaku di Pusat Kualiti Alam.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa bimbang berhubung kebakaran yang berlaku di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti Alam di sini pada Jumaat.

Beliau dalam hantarannya di Facebook berkata, ini kerana pusat tersebut terletak berhampiran dengan kawasan kediaman Kampung Sendayan.

"Sebarang bentuk pencemaran, kebocoran dan kebakaran di pusat tersebut akan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk setempat.

"Saya berharap pihak syarikat Kualiti Alam mengambil tindakan meneliti secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan pihak agensi kerajaan yang berkenaan melakukan auditan keselamatan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual berkeluasan 100x100 kaki persegi di Pusat Kualiti Alam itu terbakar 100 peratus.

Jurucakap bomba berkata, bomba menerima maklumat jam 5.58 petang dan sampai ke lokasi jam 6.16 petang.

Operasi memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 4.23 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!