Elak 'sedekah' penalti di B-23 Qatar 2024

Pemain-pemain Harimau Muda giat menjalani latihan sebelum menyingkap tirai Kumpulan D Piala Asia B-23 Qatar 2024. Foto FAM
Pemain-pemain Harimau Muda giat menjalani latihan sebelum menyingkap tirai Kumpulan D Piala Asia B-23 Qatar 2024. Foto FAM
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara tidak boleh mengulangi kesilapan menghadiahkan penalti kepada lawan seperti yang berlaku dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Qatar baru-baru ini.

Pemain pertahanan Harimau Muda, Ubaidullah Shamsul berkata, kesilapan tersebut tidak boleh diulangi dalam aksi sebenar Piala Asia B-23 yang akan bermula Rabu ini sekiranya skuad negara mahu melangkah jauh dalam kejohanan itu.

"Kita kena kurangkan kecuaian dalam padang sebab dua perlawanan terakhir ini, kita beri lawan tiga penalti.

"Ia sesuatu yang perlu diperbaiki dan kita tak boleh lakukan untuk kejohanan lebih besar," katanya.

Sebagai rekod, empat perlawanan persahabatan menyaksikan skuad negara melakar kemenangan 2-1 dan seri 1-1 ke atas India.

Biarpun begitu dua aksi terakhir skuad negara tewas 1-2 kepada China sebelum tumbang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Qatar.


PIALA ASIA B-23 QATAR 2024

KUMPULAN D

Artikel Berkaitan:

RABU (17 APRIL)

Uzbekistan lwn Malaysia

(Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, 9 malam)

SABTU (20 APRIL)

Malaysia lwn Vietnam

(Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, 9 malam)

SELASA (23 APRIL)

Kuwait lwn Malaysia

(Stadium Al Janoub, Al Wakrah, 11.30 malam)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!