'Hiburan kami cuma bola sepak sahaja...'

Fazli Mansor (Laporan Sukan Sinar pada Isnin.)
Fazli Mansor (Laporan Sukan Sinar pada Isnin.)
A
A
A

HIBURAN kami cuma bola sepak sahaja... Itu luahan Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Kedah (PBK), Fazli Mansor yang berharap pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC menyelesaikan segera isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan utara tanah air tersebut.

“Kami sebagai penyokong Hijau Kuning berharap pihak pengurusan KDA FC dapat menyelesaikan kemelut ini sebelum tarikh akhir yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia.

“Sejujurnya rasa ralat sekiranya tiada kelibat pasukan Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super 2024/25.

“Malah kemeriahan dalam saingan liga tempatan juga akan hilang seri kerana Kedah juga antara pasukan yang memiliki aura tersendiri. Ini kali pertama dalam sejarah pasukan Kedah tidak dibenarkan daftar pemain baharu bagi saingan liga disebabkan isu tunggakan gaji,” katanya.

First Instance Body (FIB) sebelum ini mengenakan hukuman pemotongan tiga mata saingan Liga Super 2024/25 dan denda RM50,000 terhadap KDA FC selepas gagal membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji 2023.

Malah, Lesen Kebangsaan Liga Super 2024/25, KDA FC juga boleh ditarik balik sekiranya gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji itu atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran pada 20 April ini.

MFL juga mengesahkan KDA FC tidak boleh mendaftar pemain-pemain baharu dalam saingan Liga-M musim ini sehingga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula sekatan perpindahan pemain terhadap kelab itu..

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: