Puma tamatkan tajaan untuk pasukan bola sepak Israel

Puma berkata, kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.
Puma berkata, kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.
A
A
A

JENAMA sukan Puma akan berhenti menaja pasukan bola sepak kebangsaan Israel pada 2024.

Bagaimanapun, menurut jurucakap syarikat itu, langkah tersebut telah dirancang sejak tahun lalu dan tidak berkaitan dengan perang yang berlaku Gaza.

Puma berdepan gesaan boikot susulan kerjasamanya dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), dan gesaan itu semakin kuat dilaungkan selepas serangan Israel ke atas Gaza dua bulan lalu, yang telah membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan kepada Reuters, Puma berkata, kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak, termasuk Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.

Jurucakap itu berkata, Puma tidak lama lagi akan mengumumkan perjanjian dengan beberapa persekutuan bola sepak baharu dan menyebutnya sebagai salah satu strategi 'kecil yang lebih baik'.

Puma menandatangani kontrak dengan IFA untuk menyediakan kit kepada pemain pasukan itu sejak 2018.

Sejak itu, syarikat itu telah menghadapi gesaan boikot daripada aktivis, dengan mengatakan IFA merupakan pasukan yang berpangkalan di penempatan Yahudi di Tebing Barat, dan ia menyalahi undang-undang antarabangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan: