Imbau nostalgia masa lalu di Rumah Klasik Kuantan

Faizal menunjukkan mesin jahit lama yang terdapat dalam Rumah Klasik Kuantan.
Faizal menunjukkan mesin jahit lama yang terdapat dalam Rumah Klasik Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Minat mendalam terhadap barangan lama dan antik mendorong seorang peniaga berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk menyelami nostalgia masa lalu.

Faizal Izwa Nawi, 43, bersama dua lagi rakannya sepakat membuka galeri rakyat yang juga dikenali sebagai Rumah Klasik Kuantan di Galing Besar, Jalan Beserah di sini.

Walaupun ia hanya sebuah rumah papan biasa, namun sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah itu, pengunjung pasti kagum apabila melihat barang peninggalan sejarah, koleksi gambar dan juga video pendek mengenai negeri Pahang.

Faizal menghias Rumah Klasik Kuantan dengan suasana zaman dahulu.
Faizal menghias Rumah Klasik Kuantan dengan suasana zaman dahulu.

Pengumpul barang antik itu berkata, kerana hobi mendalam membuatkan beliau menyimpan lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan lama sejak 2003.

Menurutnya, kebanyakan barang yang dikumpul mempunyai kisah dan cerita tersendiri serta disimpan kemas ibarat menjaga nyawa sendiri.

Kebanyakan barang yang dikumpul mempunyai kisah dan cerita tersendiri serta disimpan kemas ibarat menjaga nyawa sendiri.
Kebanyakan barang yang dikumpul mempunyai kisah dan cerita tersendiri serta disimpan kemas ibarat menjaga nyawa sendiri.

“Saya kumpul barang ini secara peribadi, kemudian saya mewujudkan Rumah Klasik Kuantan sebagai salah satu cara untuk berkongsi barang (antik) yang saya simpan.

Artikel Berkaitan:

“Barang ini, saya pamerkan kepada masyarakat umum (iaitu), barang lama yang menjadi nostalgia kita, nenek moyang dan generasi akan datang. Pendek kata saya menyediakan ruang kepada generasi baharu untuk melihat sendiri barang yang digunakan oleh datuk nenek moyang kita.

“Jadi, generasi baharu ini perlu lebih hargai dan ada kesedaran untuk menjaga bahan sejarah sebagai warisan kita,” kongsinya ketika ditemui di Rumah Klasik Kuantan di sini.

Majalah lama turut disimpan, sekali gus mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.
Majalah lama turut disimpan, sekali gus mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Galeri Rakyat itu bertapak di Kuantan sejak 2016 dan dibuka kepada orang ramai pada 2017.

Antara tarikannya ialah koleksi gambar-gambar Diraja Pahang dan era pembangunan Kuantan sebelum merdeka.

Rumah itu turut dilengkapi ruang dapur, bilik darjah, kedai jahit, kedai runcit dan kedai gunting rambut era 50-an.

Pelbagai radio lama turut disimpan.
Pelbagai radio lama turut disimpan.

Bercerita lanjut, Faizal Izwa berkata, setiap barangan dipamerkan mampu merangsang nostalgia yang mendalam kepada setiap pengunjung.

“Saya nampak generasi berusia 50-an ke atas apabila mereka datang ke sini, riak muka mereka terpancar pelbagai perasaan, ada sedih dan gembira kerana dapat melihat kembali barang yang pernah mereka guna pada waktu kecil.

“Ada menangis, beritahu (saya) pada waktu dahulu (mereka) tidak mampu untuk membelinya,” ujarnya.

Botol lama turut dikumpul.
Botol lama turut dikumpul.

Pelbagai hiasan tembaga.
Pelbagai hiasan tembaga.

Faizal menunjukkan gambar pemimpin yang merupakan antara koleksi paling berharga.
Faizal menunjukkan gambar pemimpin yang merupakan antara koleksi paling berharga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!