Marhaban raya rapatkan silaturahim penduduk kampung

Marhaban raya turut mendidik generasi muda menghormati dan mengenali sesama penduduk kampung.
Marhaban raya turut mendidik generasi muda menghormati dan mengenali sesama penduduk kampung.
A
A
A

PONTIAN - Tradisi marhaban atau 'baraan' yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri diteruskan khususnya di kawasan kampung di daerah ini bagi merapatkan silaturahim.

Tradisi marhaban yang merupakan amalan ziarah menziarahi itu masih bertahan dan kekal diamalkan masyarakat Islam negeri ini walaupun bersaing dengan rumah terbuka yang lebih ringkas dan moden.

Menurut Ketua Kampung Parit Makuaseng, Asmadi Bachok, marhaban raya biasanya dilakukan penduduk sama ada selepas solat Isyak malam terakhir Ramadan atau selepas solat sunat Aidilfitri.

Penduduk menjamu selera ketika marbahan raya di rumah penduduk.
Penduduk menjamu selera ketika marbahan raya di rumah penduduk.

Jelasnya, marhaban raya turut diteruskan sehingga berakhir Syawal oleh perkumpulan wanita dan kumpulan kecil penduduk bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri.

"Biasanya penduduk akan menaiki motosikal beramai-ramai, kalau dahulu naik basikal. Dianggarkan 60 penduduk tidak kira usia, kanak-kanak, remaja dan warga emas sertai marhaban pada pagi raya.

"Marhaban raya akan mengunjungi setiap rumah penduduk yang dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan doa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Kemeriahan suasana marhaban raya yang menghimpunkan penduduk dari pelbagai peringkat usia.
Kemeriahan suasana marhaban raya yang menghimpunkan penduduk dari pelbagai peringkat usia.

Menurut Asmadi, walaupun jumlah rumah yang dikunjungi agak banyak, namun tidak sedikit pun berasa penat kerana semangat yang tinggi mahu bertemu dengan setiap penduduk pada Syawal.

"Cuma setahun sekali marhaban raya diadakan. Memang seronok dapat bersama anak perantau yang pulang ke kampung menziarahi setiap penduduk kampung lebih-lebih lagi golongan warga emas.

"Semua rumah penduduk dikunjungi kumpulan marhaban untuk merapatkan hubungan. Di sini, semangat persaudaraan itu dapat dipupuk," ujarnya.

Penduduk Kampung Parit Makuaseng meneruskan tradisi marhaban raya.
Penduduk Kampung Parit Makuaseng meneruskan tradisi marhaban raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!