Individu mengaku tidak bersalah beri maklumat palsu kepada pendaftar syarikat

SSM mengingatkan orang ramai bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat, laporan palsu atau mengelirukan.
SSM mengingatkan orang ramai bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat, laporan palsu atau mengelirukan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) kerana memberi maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan berkata, tertuduh Tian Tiak Huat @ Tan Teik Huat dilaporkan memberi maklumat palsu berkaitan butiran liabiliti dan aset bagi syarikat TTH Global (M) Sdn Bhd menerusi dokumen 'Statement of Affairs' pada 9 Februari 2018.

"Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama iaitu penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM 3 juta atau kedua-duanya sekali.

"Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan," katanya pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, pendakwaan dikendali oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Hadi Abdul Muti manakala tertuduh diwakili peguam, Huang Yee Ching dari Tetuan YC Huang Associates.

Dalam pada itu, SSM turut mengingatkan orang ramai bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat, laporan palsu atau mengelirukan.

Ujar agensi berkenaan, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: