Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia tiga bulan maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar, dekat Taman Sri Penawar di sini, pada Jumaat.

Manakala, suami serta dua lagi anak lelaki mereka yang berusia lima dan lapan tahun cedera.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.38 petang.

Katanya, setibanya satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori tangki.

"PKO kemudiannya berjaya mengeluarkan penumpang kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 28 tahun bersama seorang bayi perempuan yang didapati tersepit di bahagian penumpang dengan menggunakan peralatan khas RTA (Road Traffic Accident).

"Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan lapan tahun dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar dengan ambulan bagi menerima rawatan lanjut" katanya.

Dalam masa sama, PKO mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemandu lori tangki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!