Trafik di lebuh raya utama sesak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak setakat jam 2 petang Jumaat. Foto hiasan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak setakat jam 2 petang Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak setakat jam 2 petang Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.

Trafik juga perlahan arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh, Tangkak ke Jasin, Yong Peng (U) ke Ayer Hitam dan arah Selatan dari Machap ke Simpang Renggam, Johor.

Sementara itu, trafik turut sesak arah selatan dari Pendang ke Gurun, Alor Setar ke Pendang dan Sungai Petani (S) ke Bertam, Kedah.

Aliran trafik turut perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale, Port Dickson ke Senawang dan Persimpangan Nilai (U) arah Selatan dari Bandar Serenia ke Bandar Baru Nilai.

Di Perak pula, trafik perlahan dari Tapah ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan Sungkai ke Slim River.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: