Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan malam ini

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang bersempena dengan perayaan Krismas.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata, aliran trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah dari Gopeng menuju ke Tapah, Perak

"Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Juru menuju ke Bandar Cassia,” katanya.

Sebaliknya, trafik dilaporkan lancar di Plaza Tol Sungai Besi di kedua-dua arah. - Bernama

Artikel Berkaitan: