Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air

AKSB dalam satu kenyataan memaklumkan satu kes kecemasan paip pecah berlaku di hadapan MRSM Kuala Krai dan kerja pembaikan sedang giat dilakukan. Gambar hiasan Bernama
AKSB dalam satu kenyataan memaklumkan satu kes kecemasan paip pecah berlaku di hadapan MRSM Kuala Krai dan kerja pembaikan sedang giat dilakukan. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUALA KRAI - Persiapan Aidilfitri hampir 6,000 pengguna melibatkan kira-kira 11 buah kampung di sekitar Kuala Krai terjejas ekoran gangguan bekalan air berikutan paip pecah di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai hari ini.

Pengguna Hisyabuddin Rosli, 38, dari Kampung Batu Balai berkata, segala persiapan sedikit terganggu dan terpaksa menggunakan bekalan air yang disimpan sebelum ini untuk membersih serta mencuci barangan basah seperti ayam, ikan dan daging.

"Air tiba-tiba tak ada sejak tengah hari tadi jadi saya tak sempat untuk tadah air, mujur ada bekalan air yang disimpan sebelum ini bolehlah digunakan," katanya ketika ditemui hari ini.

Asriyah Rejab, 35, pula berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan satu kes kecemasan paip pecah berlaku di hadapan MRSM Kuala Krai dan kerja pembaikan sedang giat dilakukan.

"Bekalan air akan pulih secara berperingkat dan dijangka selesai pada esok (10 April) pukul 2 pagi. Tempoh pemulihan bekalan ialah 24 jam bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan itu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Telekong, Bukit Sireh, Staponal, Batu Jong, Taman Damai, Bukit Acheh, Batu Balai, Belukar Tebu, Perisa Wira Sg Durian, Chenulang, Kampung 10 dan kawasan sekitar. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: