Lima cedera nahas dua kenderaan

Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
A
A
A

KOTA TINGGI - Lima cedera dalam kemalangan melibatkan dua nahas kenderaan di laluan berhampiran Kota Tinggi Firefly Park, Jalan Kota Tinggi, di sini awal pagi Selasa.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Syukri Mohd Yusoff dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan pada jam 6.31 pagi.

Katanya, satu pasukan melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kemalangan.

"Setibanya anggota ke lokasi didapati kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Perodua Myvi.

"Terdapat seorang mangsa tersepit dalam kereta Proton Saga dan anggota bertindak mengeluarkannya dengan peralatan khas.

"Empat lagi termasuk dua kanak-kanak berusia lima tahun turut cedera," katanya.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi dengan menaiki jentera EMERS dan juga ambulans.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: