Penuntut IPTA maut nahas dua kenderaan

Penuntut IPTA maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis. Foto IPD Kota Tinggi
Penuntut IPTA maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis. Foto IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 3.20 petang.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa berusia 23 tahun dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama penumpang wanita berusia 41 tahun.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang Proton Exora mengalami kecederaan ringan di bahagian badan serta muka.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis. Foto IPD Kota Tinggi
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis. Foto IPD Kota Tinggi

“Mangsa yang maut telah dihantar ke unit forensik Hospital Daerah Kota Tinggi dan mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang,” katanya.

Tambah beliau, kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: