Cari titik persamaan, bukan bina permusuhan - Mufti

Menjalani kehidupan bermasyarakat memerlukan sikap bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi menghindari sikap membenci serta saling bermusuhan. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Wan Salim)

A
A
A

SHAH ALAM- Rakyat Malaysia perlu mencari titik persamaan dan bukan membina permusuhan sehingga menggugat keharmonian kaum yang terbina sejak sekian lama.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbezaan agama dan budaya tidak menghalang semangat perpaduan untuk terus menjadi ikatan yang kuat dalam membina sebuah negara bangsa.

Menurutnya, sebarang insiden yang boleh mengeruhkan keharmonian dalam hubungan antara kaum dan penganut agama perlu ditangani secara bijak serta berhemah.

“Perbezaan agama dan etnik perlu sentiasa dipupuk dan dipelihara supaya tidak dirosakkan oleh kejadian yang boleh gugat kelangsungannya.

“Menjalani kehidupan bermasyarakat memerlukan sikap bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi menghindari sikap membenci serta saling bermusuhan.

“Semua pihak mesti dilayan dengan adil dan saksama, tiada individu atau pihak yang harus dipinggirkan di atas asas perbezaan kaum atau agama,” katanya dalam reaksi kempen #MZB365 pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!