Raya tanpa air tidak akan berlaku di Kelantan - AKSB

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sambutan Hari Raya tanpa bekalan air di negeri ini mungkin tidak akan berlaku apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan.

Jabatan Korporat AKSB dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu, pada Hari Raya pertama dan kedua orang ramai yang mempunyai masalah air boleh membuat aduan melalui talian aduan AKSB (PINTAS ) 15777 bermula jam 10.30 pagi hingga 10 malam.

"Jika hari biasa ia bermula pada jam 8 pagi hingga 10 malam.

"Pada masa sama, sebanyak 14 pasukan pembaikian paip pecah atau bocor serta 12 pasukan pembaikian kontrak ditubuhkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang Aidilfitri ini.

"Kesiapsiagaan akan melibatkan semua kakitangan di seluruh jajahan di mana terdapat satu pasukan utama diketuai oleh Pengurus Jajahan, dibantu oleh Ketua Operasi Loji, Penyelia Penyelenggaraan dan Agihan serta Penyelia Servis Pengguna & ALC.

Sambutan Hari Raya tanpa bekalan air di negeri ini mungkin tidak akan berlaku apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan.
Sambutan Hari Raya tanpa bekalan air di negeri ini mungkin tidak akan berlaku apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan.

"Pelan ini digerakkan bagi memaksimakan keupayaan proses pembekalan air bersih semasa musim perayaan Aidilfitri dan ianya telah bermula pada 6 hingga 14 April," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, sebanyak 44 buah Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi di seluruh jajahan bagi membekalkan air bersih kepada 275,022 akaun pengguna di seluruh negeri Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pengeluaran air semasa di semua Loji Rawatan Air adalah 526 Juta Liter Sehari (JLH) dan unjuran permintaan bekalan air semasa musim perayaan adalah meningkat kepada 622 JLH.

Jabatan Korporat AKSB memaklumkan jangkaan waktu puncak penggunaan atau permintaan air yang tinggi bermula pada 8 sehingga 13 April.

Tambahnya, turut disediakan ialah 12 lori tangki bagi membekalkan air bersih ke tangki-tangki statik dan kepada penduduk, atau kawasan yang terjejas dan terputus bekalan air

"Sebanyak 27 buah lori tangki kontrak juga turut bersiap sedia namun ianya hanya melibatkan operasi jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja.

"Bilangan tangki statik yang ada ialah sebanyak 369 buah," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28