'Baju sekolah Zuhal, Marikh pengubat rindu keluarga'

Norzalifa (kiri) tidak dapat menahan sebak setiap kali memandang pakaian seragam milik kedua-dua anak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sungai Siput.
Norzalifa (kiri) tidak dapat menahan sebak setiap kali memandang pakaian seragam milik kedua-dua anak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sungai Siput.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Pakaian seragam sekolah yang dipakai dua beradik dalam nahas langgar lari yang meragut nyawa mereka di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak di sini pada Jumaat, menjadi pengubat rindu buat keluarga.

Norzalifa Mohd Yusof, 35, berkata, baju milik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan Ahmad Marikh, 13, menjadi peneman setiap kali teringatkan anak kesayangannya itu.

"Baju ini kami bawa balik dan kesan darah itu kami basuh pagi tadi. Inilah pakaian yang menjadi kenangan buat kami.

Norzalifa dan suaminya, Norazlan menunjukkan gambar kenangan mereka sekeluarga pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Norzalifa dan suaminya, Norazlan menunjukkan gambar kenangan mereka sekeluarga pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

"Tidak sangka mereka berdua sudah tiada. Rindu sangat dengan keletah mereka, senyuman terakhir mereka terutama adik yang suka buat memek muka sebelum keluar bekerja semalam.

"Rindu sampai termimpi adik (Marikh) dan Zuhal datang cium dan minta maaf sambil senyum. Kemudian terasa tangan ditepuk-tepuk sebelum terjaga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Salak Stesen di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai individu yang ditangkap berkaitan kes kemalangan dua anaknya, Norzalifa berkata, dia mengharapkan hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN:Zuhal, Marikh maut dilanggar lari ketika ke sekolah

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan

ARTIKEL BERKAITAN:'Sepatutnya kami beli baju raya malam ini'

"Saya tidak mahu tengok muka dia, geram kerana dia nyawa kedua-dua anak saya melayang. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, dia mesti bertanggungjawablah.

Mohd Khaizam (dua dari kiri) menyantuni keluarga Norzalifa selepas kedua anak mereka maut dalam nahas jalan raya pada Jumaat.
Mohd Khaizam (dua dari kiri) menyantuni keluarga Norzalifa selepas kedua anak mereka maut dalam nahas jalan raya pada Jumaat.

"Hendak menangis pun saya tetap reda kerana mereka pergi dalam bulan yang baik, Jumaat terakhir di bulan Ramadan," katanya.

Norzalifa mengakui sambutan Syawal terasa hambar tanpa kehadiran kedua-dua anaknya itu.

"Kalau ada rakan-rakan yang hadir, kami jamu seadanya tetapi tidak pergi mana-mana pun untuk beraya.

"Memang tidak boleh lupalah permintaan adik yang mahu baju raya dan dia ada minta buat kuih kerana nak makan banyak-banyak," katanya.

Terdahulu, Norzalifa dan suami, Norazlan Tajuddin, 37, menerima kunjungan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah yang menyampaikan sumbangan mewakili kerajaan negeri.

Turut hadir menyantuni keluarga berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Dalam kejadian jam 7.12 pagi Jumaat, Ahmad Zuhal dan Ahmad Marikh menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini.

@sinarharianonline

Inilah pakaian yang menjadi kenangan buat kami #fyp #SinarHarian #Kemalangan #Maut #Zuhal #Marikh #Pelajar #SungaiSiput

Hanya Rindu - Putri Ariani