Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh direman

Suspek berusia 50-an dibawa keluar selepas selesai proses permohonan reman di IPD Ipoh pada Sabtu.
Suspek berusia 50-an dibawa keluar selepas selesai proses permohonan reman di IPD Ipoh pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Pemandu kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam insiden langgar lari yang mengorbankan dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak dekat Sungai Siput pada Jumaat direman selama empat hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 10.30 pagi pada Sabtu bagi membenarkan permohonan polis meneruskan siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Selasa depan.

Menurut beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian melaporkan polis berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu pada jam 1.20 tengah hari di sebuah ladang kelapa sawit sekitar Salak.

Tangkapan dilakukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak selepas suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan gagal membuat laporan polis mengenai kemalangan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:Zuhal, Marikh maut dilanggar lari ketika ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:'Sepatutnya kami beli baju raya malam ini'

Dalam kejadian jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.

Suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh didapati memasuki simpang ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Pemandu kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam insiden langgar lari yang mengorbankan dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak dekat Sungai Siput pada Jumaat direman selama empat hari. Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 10.30 pagi pada Sabtu bagi membenarkan permohonan polis meneruskan siasatan kes tersebut. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral

original sound - Sinar Harian