20 jenis barang kawalan Aidilfitri di Terengganu

Shaharuddin (dua dari kiri) meninjau bekalan ikan yang dijual di pasar raya SabasunHyperRuncit di Kuala Terengganu.
Shaharuddin (dua dari kiri) meninjau bekalan ikan yang dijual di pasar raya SabasunHyperRuncit di Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 22 jenis barangan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terengganu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Shaharuddin Mohd Kia berkata, skim itu berkuat kuasa selama 15 hari bermula 5 sehingga 19 April depan.

Menurutnya, tempoh pelaksanaan skim tersebut berlangsung selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan dan sembilan hari selepas perayaan.

"Kita talah menyenaraikan sebanyak 20 jenis barangan yang telah diwartakan dalam SHMMP Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Terengganu (mengikut setiap satu kilogram).

"Harga bagi bawang kuning besar RM4 (borong), RM5 (runcit); bawang merah besar import RM5.50 (borong), RM6.50 (runcit); bawang putih China RM9.50 (borong), RM11 (runcit).

"Selain itu, harga bagi kuantiti sama untuk cili kering kerinting RM21 (borong) RM23 (runcit) dan cili merah RM15 (borong), RM17 (runcit).

"Bagi kacang tanah pula berharga RM8 (borong), RM9 (runcit); ubi kentang RM2.50 (borong), RM3.50 (runcit); kacang panjang RM7 (borong), RM8 (runcit)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Shaharuddin (dua dari kanan) ketika melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Terengganu pada Sabtu.
Shaharuddin (dua dari kanan) ketika melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Terengganu pada Sabtu.

Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Terengganu di pasar raya Sabasun HyperRuncit, di sini pada Sabtu.

Selain itu, Shaharuddin berkata, harga bagi sekilogram halia tua import RM9 (borong), RM10.50 (runcit); sawi hijau RM4 (borong), RM5 (runcit); timun RM2.50 (borong), RM3.50 (runcit).

"Tomato pula berharga RM5.50 (borong), RM6.50 (runcit); kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Kubis Beijing) RM2.50 hingga RM3.50.

"Kelapa biji (borong sahaja) RM1.90 dan kelapa parut (runcit sahaja) RM7.60 untuk setiap satu kilogram,"ujarnya.

Menurut Shaharuddin, harga bagi daging kerbau import (Semenanjung, Sabah Dan WP Labuan Sahaja) RM19 (borong), RM21 (runcit); daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) (Semenanjung sahaja) RM37 (borong) dan RM40.00 (runcit).

"Harga ikan aya atau tongkol (Kelantan, Pahang, Terengganu sahaja) RM12 (borong) RM14 (runcit); ikan kembung termasuk ikan mabung RM14 (borong), RM16 (runcit); ikan selayang RM10 (borong), 12 (runcit)," jelas beliau.

Menurut Shaharuddin, SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2024 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaanbekalan barangan adalah mencukupi.

"Semua pihak diharap dapat mematuhi harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini," katanya

Dalam pada itu, Shaharuddin berkata, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti antaranya melibatkan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

"Jika kesalahan dilakukan oleh individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Sekiranya melibatkan syarikat, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,"ujar beliau.

Beliau berkata, kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal juga tidak terlepas hukuman.

"Bagi individu mereka boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!