'Jangan masukkan mercun ke dalam tong sampah komunal'

Orang ramai dinasihatkan menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur dan tidak memasukkan mercun ke dalam tong sampah komunal yang terdapat di kawasan berhampiran masing-masing. Gambar hiasan
Orang ramai dinasihatkan menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur dan tidak memasukkan mercun ke dalam tong sampah komunal yang terdapat di kawasan berhampiran masing-masing. Gambar hiasan
A
A
A

JELEBU - Orang ramai dinasihatkan menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur dan tidak memasukkan mercun ke dalam tong sampah komunal yang terdapat di kawasan berhampiran masing-masing.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, tindakan itu akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar dan memberi kesukaran kepada orang lain untuk melupuskan sisa domestik.

“Terdapat kejadian sebelum ini tong sampah rosak, terbakar akibat mercun yang dibakar di dalamnya.

“SWM Environment mengambil tindakan segera menggantikan tong sampah bagi mengelakkan penduduk tidak dapat membuang sampah ke dalam tong sampah dan sampah dibuang merata-rata tempat sehingga mencemarkan persekitaran," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, tindakan vandalisme tersebut bukan sahaja melibatkan kos penggantian tong sampah, malah menyukarkan orang ramai untuk melupuskan sisa domestik dan pekerja pembersihan melaksanakan kutipan sisa domestik.

Justeru katanya, pihaknya amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk bersama-sama menjaga kemudahan tong sampah yang disediakan dengan menguruskan sisa mercun dengan baik atau tidak membakar mercun di dalam tong sampah berpusat atau tong sampah beroda.

"Orang ramai juga boleh memainkan peranan yang lebih besar dengan saling menasihati dan mengingatkan di antara satu sama lain agar tidak melakukan vandalisme kerana tindakan tersebut boleh mengundang risiko keselamatan kepada orang lain dan mencetuskan perkara yang lebih besar.

"Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan SWM Environment, orang ramai boleh menghubungi talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau WhatsApp di 012-6180082," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!