Persiapan akhir sambut Aidilfitri, orang ramai banjiri Jalan TAR

Orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu bagi membuat persiapan akhir membeli kelengkapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Foto Sinar Harian - MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

A
A
A

KUALA LUMPUR - Berbaki beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR sesak dibanjiri orang ramai untuk membeli persiapan menyambut perayaan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian pada malam Sabtu mendapati, orang ramai mengambil kesempatan memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk mencari barangan keperluan hari raya.

Selain biskut, baju kurung dan baju Melayu, songkok, samping, orang ramai juga membeli barang keperluan lain.

Orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu bagi membuat persiapan akhir membeli kelengkapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Foto Sinar Harian - MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu bagi membuat persiapan akhir membeli kelengkapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Foto Sinar Harian - MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Selain Jalan TAR, kawasan sekitarnya termasuklah pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur dan Masjid India bertambah meriah dan sesak dengan kehadiran ramai pengunjung pada malam Sabtu.

Beberapa jalan utama menuju lokasi itu juga mengalami kesesakan khususnya di Jalan TAR.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: