Dua lelaki tak sempat kaut untung jual mercun, bunga api

Dua lelaki tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila mereka ditahan di Dataran Kemahkotaan, Machang pada Sabtu.
Dua lelaki tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila mereka ditahan di Dataran Kemahkotaan, Machang pada Sabtu.
A
A
A

MACHANG - Dua lelaki tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan mercun dan bunga api apabila mereka ditahan di Dataran Kemahkotaan dekat sini pada Sabtu.

Kedua-dua mereka ditahan pada jam 11.15 malam kerana menjual bahan larangan terbabit tanpa permit sah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil pemeriksaan pihaknya telah merampas mercun dan bunga api bernilai RM1,730.

"Kedua-dua suspek masing-masing berusia 18 dan 51 tahun itu direman di bawah Seksyen 117 di Mahkamah Majistret Machang pada Ahad hingga Selasa untuk siasatan lanjut.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan mercun atau bunga api tanpa permit sah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: