Tengku Permaisuri Selangor cemar duli Majlis Khatam Al-Quran Perdana

Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) mencemar duli di Majlis Khatam Al-Quran Perdana pada Sabtu.
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) mencemar duli di Majlis Khatam Al-Quran Perdana pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.

Baginda diiringi Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad di Dewan Magawati Kediaman Menteri Besar, Seksyen 7 di sini sekitar jam 8.40 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir Wirdul Latif disusuli majlis dan doa khatam al-Quran yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Jahar serta dihadiri 500 peserta.

Masdiana berkata, majlis tersebut memasuki tahun ketiga penganjuran dan merupakan salah satu pengisian program Pekawanis sempena Ramadan.

Menurutnya, majlis tadarus diadakan secara bersemuka dan dalam talian sejak awal Ramadan lalu disusuli majlis khatam pada Sabtu.

"Setelah 25 hari bertadarus, hari ini kemuncak khatam perdana diadakan. Majlis hari ni lebih istimewa dengan kehadiran Tengku Permaisuri Norashikin.

"Pada bulan Ramadan, kita digalakkan untuk memperbanyak amal ibadah terutama membaca al-Quran. Antara cara mengubati hati ialah dengan membaca al-Quran," katanya berucap pada majlis tersebut.

Antara peserta yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pekawanis pada Sabtu.
Antara peserta yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pekawanis pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor, Datin Liliyana Haryanti Mohd Harunizam dan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Selangor, Datin Setia Padiah Sapian.

Beliau berkata, Pekawanis menganjurkan tujuh program sempena Ramadan pada kali ini antaranya tadarus, buku puasa dan tarawih.

"Ia diikuti qiamullail yang akan diadakan pada malam 27 dan 29 Ramadan serta program sumbangan Aidilfitri kepada 1,000 penerima terdiri ibu tunggal dan asnaf dengan peruntukan sebanyak RM185,000.

"Selain itu turut diadakan program jelajah bubur lambuk bersama MBI sebanyak 7,000 bekas selain Program Bubur Lambuk Pekawanis 4.0 di 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya.

Ujarnya, Pekawanis turut mengadakan majlis iftar dan tarawih bersama empat rumah anak yatim di Rumah Puteri Arafiah beserta sumbangan duit raya dengan barang keperluan asas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!