Jutaan pengunjung dijangka hadir ke Tanah Suci untuk khatam al-Quran

Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.
Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.
A
A
A

MAKKAH - Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan persiapan meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk bimbingan agama, sesi pembelajaran dan kawasan yang ditetapkan untuk menjawab pertanyaan.

Presiden Hal Ehwal Agama Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menekankan kepentingan semua petugas keagamaan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan rancangan khusus pada malam itu.

Dr Al-Sudais juga menekankan keperluan kerjasama rapat dengan semua organisasi berkaitan dalam Dua Masjid Suci itu.

Ini termasuk memanfaatkan teknologi, perkhidmatan penterjemahan dan sumber lain untuk memberikan perkhidmatan optimum kepada jemaah, jemaah umrah dan pelawat bagi memudah cara mereka menunaikan kewajipan agama dengan mudah. - Bernama-SPA

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!