Tangguh belajar kerana leukemia

Noraqilah (duduk di kerusi) ketika diziarahi Manickam (kiri).
Noraqilah (duduk di kerusi) ketika diziarahi Manickam (kiri).
A
A
A

BAHAU - Hasrat seorang gadis untuk meneruskan pengajiannya dalam jurusan Diploma Pengurusan Industri Halal terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesihatan selepas disahkan menghidap leukemia.

Noraqilah Mohd Yusof, 21, disahkan menghidap leukemia pada November 2017 bagaimanapun akur akan keadaan itu.

Menurut bapanya, Mohd Yusof Basri, 51, anaknya itu memerlukan rawatan susulan di Hospital Ampang, seminggu sekali.

“Pengajiannya berbaki dua semester lagi dan hujung Januari ini sekali lagi kita terpaksa membuat permohonan penangguhan pengajian akibat kesihatannya tidak memuaskan.

“Pada peringkat awal, anak saya dimasukkan ke Hospital Ampang kerana demam berterusan, bagaimanapun kemudiannya disahkan doktor menghidap leukemia.

“Kami sekeluarga reda namun masih berharap dia akan sihat sepertimana sebelumnya dan meneruskan pengajiannya,” katanya yang tinggal di Taman Bahau, di sini.a

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam dan Wanita Umno Cawangan Taman Bahau.

Sementara itu, Manickam berkata, beliau yakin Noraqilah seorang gadis yang berjiwa positif.

Artikel Berkaitan:

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan orang ramai diperlukan selain dapat membantu meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Orang ramai yang sudi membantu boleh menyumbang terus ke akaun bank CIMB milik Noraqilah, 05110000841204.