World #QuranHour dapat perhatian kerajaan Kelantan

Peserta termasuk pelajar-pelajar tahfiz yang menyertai World #QuranHour peringkat negeri Kelantan.
Peserta termasuk pelajar-pelajar tahfiz yang menyertai World #QuranHour peringkat negeri Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Penganjuran World #QuranHour kali ke-9 peringkat negeri Kelantan, di sini, pada Khamis julung kali pendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) tersebut memasuki kalendar Madinah Ramadan yang menjadi antara majlis terpenting di negeri terbabit setiap bulan puasa.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama program daripada mana-mana pihak yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

“World #QuranHour adalah program yang membudayakan al-Quran.

“Tujuannya seiringi dengan kerajaan negeri iaitu mahukan lebih ramai rakyat tahu membaca, faham dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian supaya mendapat lebih keberkatan,” katanya selepas merasmikan World #QuranHour peringkat negeri Kelantan di Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, pada Khamis.

Hilmi (dua dari kanan) yang ikut sama bertaddabur.
Hilmi (dua dari kanan) yang ikut sama bertaddabur.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Adnan Hashim dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Menurut Hilmi, kerajaan itu sendiri menganjurkan program tadarus al-Quran sejak 33 tahun lalu dalam usaha mendidik rakyatnya untuk menjadikan kitab suci al-Quran sebagai ‘perlembangaan’ dan panduan dalam kehidupan.

Artikel Berkaitan:

“Kami lakukan tadarus Quran di setiap masjid-masjid negeri yang berada di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

“Kami juga turun padang memasuki ke kampung-kampung bagi mendekati penduduk untuk mengajak membaca al-Quran supaya tidak ada yang ketinggalan dalam menambah bekalan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, World #QuranHour peringkat negeri itu disertai oleh lebih 1,000 peserta di tapak Madinah Ramadan selain 10,000 yang dianggarkan mengikutinya secara dalam talian.

Katanya, penganjuran World #QuranHour itu memfokuskan kepada tadabbur Surah ke-62 al-Jumu’ah (Jumaat) yang mengandungi 11 ayat Madaniyyah.

Surah al-Jumu’ah memberi panduan tentang empat sifat ALLAH dan empat peranan Rasul yang merupakan kunci untuk manusia bertasbih seperti alam.

“Cabaran bagi umat Islam ialah sifat-sifat Yahudi yang tidak mahu beramal kerana sombong dan takut akan kematian, lalai dengan hiburan atau perniagaan sekali gus menghalang ‘reset’ yang perlu berlaku bagi setiap umat Islam pada setiap hari Jumaat.

“Apabila ‘reset’ ini berjaya dicapai, kita akan memahami bahawa ALLAH Maha Pemberi Rezeki dan dapat membina keseimbangan spiritual serta fizikal,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!