Surah al-Jumu'ah peringatan kewajipan kaum lelaki

Abdul Halim (tiga dari kiri) dan Mohd Ali mengalunkan ayat suci al-Quran pada majlis khatam Program World #QuranHour di Masjid Cina, Krubong pada Khamis.
Abdul Halim (tiga dari kiri) dan Mohd Ali mengalunkan ayat suci al-Quran pada majlis khatam Program World #QuranHour di Masjid Cina, Krubong pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Pemilihan Surah al-Jumu'ah dalam Program World #QuranHour pada tahun ini bertepatan dalam memberi peringatan kepada umat Islam khusus kaum lelaki mengenai kewajipan menunaikan Solat Jumaat.

Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil, berkata, kewajipan itu tidak sewajarnya dipandang ringan dan hikmahnya umat Islam dapat berhimpun bersama untuk menyatakan solidariti perpaduan di samping mendengar nasihat menerusi khutbah yang disampaikan.

Menurutnya, peringatan itu menuntut supaya kaum lelaki bersegera ke masjid dan meninggalkan segala urusan dunia termasuk berkebun, bekerja, berniaga dan sebagainya bagi menunaikan kewajipan Solat Jumaat.

Sebahagian peserta wanita yang mengambil bahagian dalam program itu.
Sebahagian peserta wanita yang mengambil bahagian dalam program itu.

"Jadi dalam penghayatan kefarduan solat Jumaat ini saya menyeru kepada umat Islam supaya kesedaran menunaikan solat itu jangan menganggap satu benda kecil.

"Kemurkaan, ALLAH dan azab ALLAH akan menanti, malah keberkatan ALLAH SWT akan ditarik kalau kita mengabaikan dan meringankan solat Jumaat tanpa keuzuran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program World #QuranHour yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Masjid Cina, Krubong, di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, berharap supaya setiap masjid dapat mengaturkan persiapan prasarana seperti kebersihan, peralatan siaraya dan penyampaian khutbah yang baik, serta mesra jemaah kariah dalam menggalakkan orang ramai mengimarahkan rumah ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Abdul Halim (dua dari kiri) mengiringi Mohd Ali selepas tamat program berkenaan.
Abdul Halim (dua dari kiri) mengiringi Mohd Ali selepas tamat program berkenaan.

"Mungkin ada kariah yang jarang-jarang datang ke masjid untuk solat Jumaat, jadi pihak masjid ajaklah mereka.

"Ini peluang dakwah kita kepada ahli kariah untuk menunaikan kefarduan ini," katanya.

Dianggarkan lebih 1,000 peserta terisi daripada kakitangan awam, badan bukan kerajaan (NGO), rumah ngaji dan orang perseorangan yang hadir meraikan program tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!