2 maut, 15 cedera angin kencang landa Moscow

Angin kencang melanda ibu negara Rusia pada Rabu mengakibatkan dua orang maut, manakala 15 yang lain cedera. Gambar hiasan - Foto 123RF
Angin kencang melanda ibu negara Rusia pada Rabu mengakibatkan dua orang maut, manakala 15 yang lain cedera. Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Dua maut manakala 15 lagi cedera selepas angin kencang melanda ibu negara Rusia pada Rabu, menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, lapor Xinhua.

Sobyanin menerusi aplikasi Telegram berkata, halaju angin mencecah lebih 21 meter sesaat, memaksa pihak berkuasa tempatan menutup taman awam dan tempat awam terbuka lain.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan perubatan yang diperlukan. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: