Pasaraya Kito beri kemudahan kepada penduduk Tok Bali

Hilmi (tiga kiri) bersama Teik Ee(dua kri) dan pengurusan pasaraya Kito ketika merasmikan pasar raya Kito baru- baru ini.
Hilmi (tiga kiri) bersama Teik Ee(dua kri) dan pengurusan pasaraya Kito ketika merasmikan pasar raya Kito baru- baru ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pembukaan Pasaraya Kito (Kito) di kawasan pembangunan Tok Bali, di sini bakal melengkapkan struktur sosial dan ekonomi pekan yang menjalani aktiviti maritim di negeri ini.

Pengarahnya, Leong Teik Ee berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk membangunkan kawasan itu dengan mewujudkan pasar raya yang memberi kemudahan dan pilihan kepada pengguna.

“Selepas kerajaan membangunkan Tok Bali sebagai hab maritim dan pelabuhan, ia telah merancakkan ekonomi setempat termasuk golongan nelayan serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

“Kami menyokong langkah ini dan bagi pihak Kito, kami akan memastikan harga barangan yang dijual berpatutan dan berkualiti,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir di Majlis Pembukaan Pasar Raya Kito, di sini pada Isnin.

Hadir merasmikan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin.

Sementara itu, Hilmi dalam ucapannya berkata, pihaknya yakin pembukaan pasar raya itu memberi pilihan kepada pengguna di lokasi itu selain membuka peluang pekerjaan setempat.

Dalam masa yang sama beliau berkata, pihaknya bersama pemaju merancang untuk membina hotel enam tingkat bagi memberi kemudahan kepada pengunjung ke Tok Bali.

“Seperti yang kita ketahui, Tok Bali bakal dilengkapkan dengan pelbagai prasarana pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu memastikan bandar maritim ini akan menarik pelabur dan pelancong lebih ramai pada masa hadapan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28