Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan

Kerajaan Kelantan umum Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah. Foto 123RF
Kerajaan Kelantan umum Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah. Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kelantan pada Rabu.

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan wang bantuan itu ialah RM5.3 juta.

"Bantuan itu sebagai menghargai jasa pegawai dan bakti kakitangan kerajaan negeri sempena sambutan hari raya tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Jelasnya, bayaran penghargaan itu juga diberi kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis penghulu, guru pondok, guru jahitan dan penyelaras pembangunan armalah sebanyak RM250.

Dalam perkembangan lain, Nasuruddin turut memaklumkan kerajaan negeri mengadakan sambutan rumah terbuka dan sesi dialog bersama perantau di Kompleks Balai Islam pada 2 Syawal.

"Mereka boleh bertanya mengenai perkembangan terkini Kelantan kepada semua pemimpin kerajaan negeri yang hadir pada majlis itu," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: