Sila log masuk terlebih dahulu.

Duit raya RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah

01 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 APRIL 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen termasuk lantikan kontrak.

Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, dan Beliau juga sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657574/berita/nasional/bantuan-aidilfitri-rm500-kepada-penjawat-awam-rm250-pesara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BKK #PenjawatAwam #Aidilfitri #BantuanKhas