Hospital al-Shifa bebas kepungan

Pengunduran itu melibatkan unit kereta kebal dan kenderaan lain milik tentera Israel dari kawasan pekarangan Hospital al-Shifa, sehari selepas operasi ganas dilancarkan di lokasi tersebut. Foto AFP
Pengunduran itu melibatkan unit kereta kebal dan kenderaan lain milik tentera Israel dari kawasan pekarangan Hospital al-Shifa, sehari selepas operasi ganas dilancarkan di lokasi tersebut. Foto AFP
A
A
A

BANDAR GAZA - Kementerian Kesihatan di Genting Gaza pada Isnin memaklumkan pengunduran unit kereta kebal dan kenderaan lain milik tentera Israel dari kawasan pekarangan Hospital al-Shifa, sehari selepas operasi ganas dilancarkan di lokasi tersebut.

Menurutnya, sejumlah mayat turut ditemui di sekitar kompleks kesihatan itu setelah ia digempur sejak lebih dua minggu lalu.

“Ada sebahagian mayat itu telah mereput,” ujar kementerian itu sambil menambah rejim Zionis berundur selepas membakar kompleks berkenaan dan melumpuhkan sepenuhnya operasi di al-Shifa.

Skala kemusnahan di sekitar dan kemudahan itu yang turut menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Gaza hilang tempat tinggal amat besar.

Sementara itu, seorang petugas perubatan mengesahkan lebih 20 mayat dijumpai dan sebahagian daripadanya dirempuh kenderaan tentera Israel yang meninggalkan kompleks berkenaan.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan operasi pencerobohan terbaharu pada 18 Mac lalu atas alasan menyasarkan pejuang Hamas yang kononnya beroperasi di kemudahan tersebut.

Badan amal, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pula memberitahu, pasukan mereka yang ditempatkan di Hospital al-Aqsa terpaksa menghentikan operasi selepas kemudahan itu menjadi sasaran serangan udara Israel pada Ahad. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: