Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

Hospital Al-Shifa - Foto: Reuters
Hospital Al-Shifa - Foto: Reuters
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

"Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)... Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandaraya Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.