16 individu positif dadah dalam serbuan di Puchong

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seramai 16 daripada 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Puchong awal pagi semalam, dikesan positif dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, serbuan dijalankan selepas polis menerima aduan terdapat bunyi bising di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, susulan tangkapan yang dibuat, saringan awal kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah, manakala seorang lagi negatif.

“Semua tangkapan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis kecuali seorang warga asing.

“Polis sedang menunggu keputusan ujian saringan kencing kedua yang dijalankan sebelum membuat sebarang pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti semua individu yang ditahan kerana siasatan masih berjalan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor antara 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan sebuah premis di Jalan Puchong di sini semalam.

Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran 'private party' di premis berkenaan yang turut melibatkan perjudian dan penggunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Dengkil nafi ditahan polis

Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis