Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis dalam serbuan malam tadi.

Menerusi kenyataannya, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan.

"Saya tidak akan campur tangan. Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan salah seorang suspek ditahan adalah pegawai khasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Dengkil nafi ditahan polis

Kes dadah: KBS gantung tugas pegawai, serah polis siasat

"Ingin dijelaskan dia adalah kakitangan di ibu pejabat parti bukan pegawai khas saya seperti dilaporkan," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Adhif Syan yang juga Ketua Armada Selangor menafikan dirinya ditahan dalam serbuan itu dan menyifatkan ianya fitnah.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Adhif Syan bersama 16 individu lain termasuk pegawai khas beberapa menteri ditahan polis di sebuah premis berikutan aduan bunyi bising oleh orang awam.

Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran 'private party' dan ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah.