X

Kindly register in order to view this article
!

Kes dadah: KBS gantung tugas pegawai, serah polis siasat

Syed Saddiq
A
A

SHAH ALAM - Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi digantung tugas sehingga siasatan dimuktamadkan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, semua rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status mereka.

“Saya dimaklumkan polis menahan beberapa individu termasuk pegawai KBS awal pagi tadi dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Saya juga akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Dengkil nafi ditahan polis

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dalam satu kenyataannya hari ini menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Adhif Syan yang juga Ketua Armada Selangor berkata, dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus