Remaja maut kemalangan dengan lori

Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 11, Jalan Benut/Simpang Renggam pada pagi Sabtu. Foto FB Info Geng pontian
Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 11, Jalan Benut/Simpang Renggam pada pagi Sabtu. Foto FB Info Geng pontian
A
A
A

PONTIAN - Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 11, Jalan Benut/Simpang Renggam pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 8.40 pagi, Sabtu.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang datang dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan hingga berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan.

“Keadaan itu menyebabkan lori itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah Benut menghala ke Simpang Renggam hingga mengakibatkan seorang penumpang belakang kereta berkenaan, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pertembungan itu juga menyebabkan pemandu kereta dan penumpang hadapan lori tersebut mengalami kecederaan parah di kaki, tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Pontian bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru,” katanya.

Pemandu lori tersebut dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: