Dua maut nahas libatkan lori, treler

Keadaan treler yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori meragut dua nyawa di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.
Keadaan treler yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori meragut dua nyawa di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan lori dan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.

Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang lori manakala pemandu treler dilaporkan cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 1.25 tengah hari.

Menurutnya, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muazdam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam lori yang terlibat nahas dengan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam lori yang terlibat nahas dengan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.

"Ketika tiba di lokasi mendapati, dua mangsa meninggal dunia dan salah seorang tersepit dalam lori.

"Pemandu treler yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba sampai di lokasi," katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!