Budak OKU disyaki dijangkiti Influenza A meninggal dunia

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam.
Ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, hanya mengalami demam biasa.
"Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius.
"Kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan dan ketika itu barulah doktor maklumkan dia alami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan," katanya.