16 atlet Kurang Upaya Intelek bertanding Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin

U Mobile sokong atlet Malaysia melalui kempen #UnbeatableTogether dan #MYUnbeatableTeam

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Seramai 22 atlet Malaysia akan bertanding di Sukan Olimpik Khas Dunia yang akan berlangsung di Berlin, Jerman dari 17 Jun hingga 25 Jun ini.

Daripada 22 atlet itu, seramai 16 atlet Kurang Upaya Intelek (ID) akan bertanding dalam sukan renang, bocce, badminton, olahraga, pingpong dan boling.

Seramai 39 orang delegasi termasuk jurulatih, pegawai dan kakitangan perubatan dimana diketuai oleh Dr. Sivanesan Govindasamy dan Bong Koi Sin telah berlepas ke Berlin, baru-baru ini.

Berlin menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 7,000 atlet dan delegasi dari 190 negara kerana ia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 iaitu acara sukan inklusif terbesar di dunia untuk orang ID.

U Mobile, syarikat telekomunikasi yang mengutamakan data dan memenangi banyak anugerah telah menjadi penaja utama pasukan Sukan Olimpik Khas Malaysia (SOM).

Inisiatif terbaharu ini adalah selaras dengan usaha syarikat telekomunikasi untuk meraikan semangat tiada tandingan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Khas Dunia ini.

No Image Caption

Bagi memudahkan perwakilan berhubung, U Mobile telah menyediakan semua ahli pasukan dengan langganan U Postpaid. Kontinjen yang akan memperoleh data 5G atau 4G yang sangat pantas dan perayauan global percuma apabila mereka berada di luar untuk latihan atau pertandingan, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Bukan itu sahaja, para atlet juga akan menikmati pengalaman U Mobile dengan peranti 5G serba baharu.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian, berkata, inisiatif ini adalah wajar sebagai usaha syarikat telekomunikasi itu sendiri untuk mengeluarkan semangat Unbeatable dalam diri semua orang.

“U Mobile amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi penaja utama pasukan Olimpik Khas Malaysia yang akan menyertai Sukan Olimpik Khas Dunia akan datang di Berlin.

“Tema Sukan Olimpik Khas Dunia tahun ini ialah #UnbeatableTogether dan U Mobile sangat mempercayai semangat itu. Kami juga berharap perkongsian ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang Olimpik Khas kami yang luar biasa dan memupuk penyertaan untuk semua peringkat keupayaan.

“Atas semangat itu, kami mengucapkan selamat bertanding kepada Pasukan Malaysia pada temasya tahun ini kerana kami pasti akan menyokong mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Delegasi atlet Malaysia, Dr. Sivanesan Govindasamy, berkata, pihaknya merakamkan penghargaan yang tulus kepada U Mobile atas usaha luar biasa mereka dalam mempromosikan penyertaan syarikat telekomunikasi melalui sukan.

No Image Caption

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perwakilan yang mengambil bahagian dalam Sukan Dunia tetapi juga berfungsi sebagai platform yang berkuasa untuk menguatkan suara perubahan dalam komuniti orang kurang upaya intelek,”katanya.

Berkenaan peluang pingat, Dr. Sivanesan berkata, pihaknya menyasarkan tiga pingat emas, dan berharap atlet menggunakan peluang ini untuk bersungguh-sungguh bersaing dalam platform sukan lebih 7,000 atlet dari seluruh dunia.

“Mereka akan bersaing, dan juga mengalami kegembiraan, persahabatan, keberanian, dan pencapaian bersama-sama.”

“Kami percaya bahawa sokongan adalah amat penting dan atlet-atlet ini berhak mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Malaysia,”katanya.

Bagi mereka yang ingin menyertai Pasukan Malaysia di Sukan Dunia, anda boleh berbuat demikian dengan menyiarkan kata-kata sokongan dan galakan di media sosial anda dengan menggunakan hashtag rasmi #UnbeatableTogether dan #MYUnbeatableTeam.

Untuk menyebarkan kesedaran dan mengumpul sokongan komuniti bagi pasukan Olimpik Malaysia dan mempromosikan keterangkuman menyeluruh, U Mobile telah mencipta InstagramAR Filter yang membolehkan pengguna berinteraksi dan berkongsi untuk mempamerkan sokongan mereka di sini.

No Image Caption



Untuk maklumat lanjut tentang Sukan Olimpik Khas Malaysia dan usaha mereka bekerja dengan komuniti kurang upaya intelek, layari www.u.com.my/specialolympicsmalaysia atau www.specialolympicsmalaysia.org