1,411 ahli Kosma terima 'durian runtuh' menjelang Aidilfitri

Wan Rosdy (tengah) menunjukkan replika pengagihan bayaran Keuntungan Kosma Tahun 2023 pada Jumaat.
Wan Rosdy (tengah) menunjukkan replika pengagihan bayaran Keuntungan Kosma Tahun 2023 pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 1,411 ahli Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) menerima keuntungan unit ladang sebanyak RM4,500 bagi setiap unit dimiliki.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM21.4 juta.

"Semua ahli Kosma yang layak akan menerima keuntungan unit ladang itu. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank ahli bermula pada Jumaat," katanya pada pemberita ketika sidang akhbar pengagihan bayaran keuntungan unit saham ladang Kosma di Kuantan pada Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi Kosma, Datuk Zamri Mohamad.

Beliau berkata, meskipun semua pendapatan hasil buah tandan baru (BTB) berkurangan sebanyak 34.23 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun ia masih dalam keadaan memuaskan berbanding prestasi syarikat lain.

Wan Rosdy (tengah) bersama kakitangan Kosma selepas sidang akhbar pengagihan bayaran keuntungan unit saham ladang Kosma di Kuantan pada Jumaat.
Wan Rosdy (tengah) bersama kakitangan Kosma selepas sidang akhbar pengagihan bayaran keuntungan unit saham ladang Kosma di Kuantan pada Jumaat.

"Para tahun lalu, Kosma perolehi hasil jualan BTS sebanyak RM156 juta berbanding tahun 2022 (RM237 juta).

"Oleh itu, keuntungan bersih dapat dibahagikan dalam bentuk unit ladang kepada seluruh ahli Kosma juga merosot sebanyak 41.45 peratus pada tahun ini," jelas beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Wan Rosdy memaklumkan pembayaran dividen modal syer kepada ahli akan dibuat selepas bulan Mei depan.

"Kosma akan bayar kepada ahli tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 pada 25 Mei ini, dan (bergantung kepada) kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!