PM baharu Mustafa tumpu krisis kemanusiaan di Gaza

Mahmoud Abbas ketika melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri PA di Ramallah. - Foto REUTERS
Mahmoud Abbas ketika melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri PA di Ramallah. - Foto REUTERS
A
A
A

RAMALLAH - Presiden Palestin Mahmoud Abbas meluluskan pembentukan kerajaan baharu pada Khamis diketuai Mohammad Mustafa, menjadikannya perdana menteri ke-19 dalam sejarah negara itu.

"Perdana Menteri yang dilantik Mohammad Mustafa membentangkan program kerja kerajaan dan senarai cadangan pembentukan kepada Presiden Mahmoud Abbas," lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

"Oleh itu, Presiden memberikan kepercayaan kepada kerajaan ke-19," menurut agensi itu.

Kerajaan baharu itu mempunyai 23 menteri, di bawah kepimpinan Mustafa, yang mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Luar.

Kerajaan baharu itu akan mengangkat sumpah perlembagaan di hadapan Abbas pada Ahad, kata WAFA.

Menurut agensi berita itu program kerja kerajaan baharu menekankan "rujukan politiknya kepada Pertubuhan Kebangsaan Palestin".

Program itu termasuk "mengutamakan faktor kemanusiaan di Semenanjung Gaza".

Sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lepas, lebih 32,500 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,900 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Artikel Berkaitan:

Tentera Israel juga telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, menyebabkan sebahagian besar penduduk terutamanya penduduk di utara, di ambang kebuluran. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28