KPDN tahan lelaki warga emas, sita 34,871 liter diesel

Risikan awal mendapati suspek membuat pengisian minyak diesel secara berulangkali menggunakan lori penggerak utama di stesen-stesen minyak sekitar Kuala Krai.
Risikan awal mendapati suspek membuat pengisian minyak diesel secara berulangkali menggunakan lori penggerak utama di stesen-stesen minyak sekitar Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 34,871 liter diesel dalam serbuan di sebuah premis di sini pada Rabu.

Dalam serbuan jam 3 petang itu, KPDN turut menaham seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang merupakan pemilik premis bagi membantu siasatan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, rampasan yang dilakukan menerusi Ops Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor itu hasil maklumat risikan.

"Premis perniagaan tersebut telah dijadikan stor simpanan barang kawalan yang disyaki akan diselewengkan dengan menjual bahan bakar itu kepada industri, perladangan dan pertanian," katanya.

Dalam serbuan jam 3 petang itu, KPDN turut menaham seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang merupakan pemilik premis bagi membantu siasatan.
Dalam serbuan jam 3 petang itu, KPDN turut menaham seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang merupakan pemilik premis bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, risikan awal mendapati suspek membuat pengisian minyak diesel secara berulang kali menggunakan lori penggerak utama di stesen-stesen minyak sekitar Kuala Krai.

Ujarnya, kesemua diesel itu akan dikumpulkan dan dijual semula dengan harga yang tinggi.

Azman memberitahu, selain itu pemeriksaan di lokasi turut menjumpai semi treler tangki sebuah di dalam premis perniagaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!