Remaja yatim piatu terlantar sejak lapan bulan lalu

Nurul Atiqah di samping abangnya yang terlantar kira-kira lapan bulan lalu.
Nurul Atiqah di samping abangnya yang terlantar kira-kira lapan bulan lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang remaja yatim piatu terpaksa menanggung kesakitan tanpa mengetahui punca penyakit yang dihadapi berikutan gagal mendapat akses kesihatan sejak terlantar kira-kira lapan bulan lalu.

Muhammad Azim Syukri, 23, dari Taman Sejati dekat sini berkata, dia tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital, selain

pergerakannya juga terbatas selepas beberapa kali terjatuh berikutan keadaan kakinya yang lemah.

"Sebelum ini saya pernah diberikan tarikh untuk menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) Oktober tahun lalu, namun disebabkan tiada kenderaan masa itu dengan keadaan saya begini, memang saya tak dapat ke hospital.

"Jadi sampai sekarang pun tak tahu sakit apa, kaki memang tidak boleh gerak dan hanya berbaring sepanjang masa," katanya.

Menurutnya, urusan penjagaan diri diuruskan adik perempuannya, Nurul Atiqah Syazwani, 18, yang kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jelasnya, sejak bapanya meninggal dunia pada 2012, dan dan adiknya bergantung harap kepada ibu mereka yang berniaga nasi lemak bagi menyara kehidupan.

Keadaan Muhammad Azim yang terlantar dan hanya berbaring sepanjang masa.
Keadaan Muhammad Azim yang terlantar dan hanya berbaring sepanjang masa.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini, saya turut bantu ibu berniaga dan lepas ibu meninggal dunia pada 2021, saya teruskan berniaga secara kecil-kecilan.

"Bagaimanapun, sejak terlantar, saya tidak mampu lagi menguruskan diri apatah lagi bekerja, hanya mengharapkan wang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)," katanya.

Sementara itu, Nurul Atiqah menjelaskan, dia pernah bekerja di sebuah kedai makan, namun terpaksa berhenti kerana bimbangkan keadaan abangnya.

"Saya uruskan dia, sediakan makanan, pakaikan lampin pakai buang dan semua kelengkapan sebab abang memang tak boleh bangun.

"Kalau boleh, saya nak abang sihat macam dulu supaya kami boleh bergerak ke mana-mana, sejak abang sakit, kami hanya duduk di rumah sahaja," ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun Hong Leong Bank bernombor 04450322389 atas nama Muhammad Azim Syukri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!