25,000 kanak-kanak jadi yatim piatu akibat konflik Gaza

Kanak-kanak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Oktober lalu iaitu hari pertama Israel memulakan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza. - Foto: Agensi
Kanak-kanak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Oktober lalu iaitu hari pertama Israel memulakan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza. - Foto: Agensi
A
A
A

TEHRAN - Seramai 25,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat serangan berterusan Israel di wilayah terkepung itu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean.

Agensi Berita Iran (IRNA) yang memetik Agensi Berita Sama Palestin melaporkan, kanak-kanak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Oktober lepas iaitu hari pertama Israel memulakan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bilangan kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel di Gaza telah meningkat kepada 26,422 orang manakala 65,087 lagi cedera.

Serangan berterusan tentera penceroboh ke atas bangunan kediaman, kem-kem pelarian dan hospital kini telah memasuki hari ke-115 dengan menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada penduduk Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan: