Rumah dipecah masuk, pencuri larikan shotgun dan 200 peluru

Rumah seorang penoreh getah dipecah masuk dan senjata api miliknya turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan, di sini pada Rabu. Gambar hiasan
Rumah seorang penoreh getah dipecah masuk dan senjata api miliknya turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan, di sini pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

TAMPIN - [DIKEMAS KINI] Rumah seorang penoreh getah dipecah masuk dan senjata api miliknya turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Air Kuning Selatan, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima jam 9.51 malam pada Rabu.

Menurutnya, selaras senapang patah jenis 12 bore lesap dalam kejadian itu.

"Ketika kejadian antara jam 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan pemilik senjata api iaitu lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas.

"Turut didapati hilang, 200 butir peluru 12 bore dan satu peti simpanan senapang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melalui 06-4431999 atau 06-4411222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: